Monday, December 28, 2009

mummy n mencintai alam


Entry mummy kali ni citer pasal impian. semua orang ada impian. begitu juga mummy, walaupun ini adalah sabahagian dari impian mummy. hehehe

Petang tadi mummy gi pasar malam kat serdang nih. mummy suka gi pasar malam nih sebab leh dapat sayur-sayur kampung yang fresh n berbagai jenis. biasalah kan.... tipical anak melayu. banyak juga barang yang mummy beli. ialah stok untuk seminggukan. sebenarnya mummy bukanlah nak cerita apa yang mummy beli di pasar malam tuh.

apa yang mummy nak cerita pasal impian mummy yang tak kesampaian semasa ke pasar malam tuh. sebenarnya dah lama mummy merancang untuk zero plastik bag jika ke pasar malam. Bayangkan setiap barang basah yang dibeli akan dibungkus dengan 2 helai palstik beg. Bayangkan berapa banyak plastik beg yag mummy akan buang selepas itu. huhuhu.... banyak

Mummy bercadang untuk membawa bakul @ raga dan bekas-bekas plastik (tupperware - orang biasa memanggil bekas plastik dengan nama ni walaupun bukan dari brand yang sama).
Kononnya bila mummy beli ikan ker daging ker, mummy akan minta penjual tu letak dalam bekas plastik td. Kalau beli sayur n buah-buahan terus letak dalam bakul. Maka mummy akan jadi salah seorang pencinta alam. Pehhhh...

Kalau ada 10 orang berfikiran macam mummy menyebarkan kepada 10 orang yang lain dan setiap orang menyebar dan melakukan seperti mummy. agak-agaknya berapa ramai yang boleh mengurangkan penggunaan plastik beg nih. so kuranglah pencemaran alam. semua orang kan tahu bagaimana plastik tidak boleh dihurai oleh tanah.

Walau bagaimanapun, impian mummy belum kesampaian. macammana ntah boleh tak ingat nak amik bakul tuh. padahal mummy dah sediakan bekas-bekas plastik dalam bakul tuh. huhuhu...

Anak-anak mummy apa khabarlah agaknya yer. Dah hampir 2 minggu tak der kabar berita. Pojan cube apa ceritanyalah selepas medical checkup ari tuh. Sakinah... dah montel ke belum? hehehe... sakinah, sakinah. kalu berisi sikit mesti lagi cute.

Friday, December 18, 2009

Last day at UKM

Pagi nih (18 Dis 2009), pagi yang penuh dengan emosi. Mummy... ewahhhh, mummy lah pulak. Ada cerita disebalik panggilan ini. Panggilan yang dimulakan oleh Achap... anak mummy yang nakal tapi manja.


Pagi nih mummy cuba juga keraskan hati supaya tidak menangis, tapi yelah.......... hati mummy nih lembut sebenarnya. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan anak-anak mummy seramai 16 orang nih. Tahan punya tahan, pecah juga empangan airmata mummy.


Jauh di sudut hati mummy, mummy sebenarnya berasa sayang sangat dengan anak-anak mummy. Walaupun mummy pernah banyak kali kendali program bersama student, tapi mummy tak pernah rasa seperti hari ini. Seperti rasa berjauhan anak kandung sendiri. Apabila mummy memeluk dan mencium anak-anak mummy seorang lepas seorang, mummy rasa mummy tak mahu lepaskan mereka dari pelukan.


tak mau citer lagi lah masa nih.... huhuhu...... mengalir lagi air mata mummy nih. Huhuhuhuhu

at petrosains












Wednesday, December 16, 2009

At Putrajaya Mosque





KR 2 during the performance day





KR2.....


ONE1 Malaysia

KR2

Hi, im one of the member KR2 in the PERMATA program the 1st badge 2009... we learn a lot in this 3 weeks about codes and make a lots of friends. KR2 have a member of 16, 10 pretty girls and 6 handsome guys. This three weeks are very tiring but we have fun together and also experience a lot of new things... i hope our friendship will last forever even though we are from different state but if you all have the chances to go visit, plizz contact ,ok...