Friday, December 18, 2009

Last day at UKM

Pagi nih (18 Dis 2009), pagi yang penuh dengan emosi. Mummy... ewahhhh, mummy lah pulak. Ada cerita disebalik panggilan ini. Panggilan yang dimulakan oleh Achap... anak mummy yang nakal tapi manja.


Pagi nih mummy cuba juga keraskan hati supaya tidak menangis, tapi yelah.......... hati mummy nih lembut sebenarnya. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan anak-anak mummy seramai 16 orang nih. Tahan punya tahan, pecah juga empangan airmata mummy.


Jauh di sudut hati mummy, mummy sebenarnya berasa sayang sangat dengan anak-anak mummy. Walaupun mummy pernah banyak kali kendali program bersama student, tapi mummy tak pernah rasa seperti hari ini. Seperti rasa berjauhan anak kandung sendiri. Apabila mummy memeluk dan mencium anak-anak mummy seorang lepas seorang, mummy rasa mummy tak mahu lepaskan mereka dari pelukan.


tak mau citer lagi lah masa nih.... huhuhu...... mengalir lagi air mata mummy nih. Huhuhuhuhu

4 comments:

  1. baca pun terasa la mummy. hari tu mmg x tahan. mmg semua menangis termasuk lelaki kecuali fauzan 2, fauzan 3, achap, liew,afiq. radhi pun ikut sekali menangis.

    ReplyDelete
  2. ruginyer sye x ekot peluk mummy skali...

    ReplyDelete
  3. tyme plok mummy smpi xtau nk ckp pe,,
    cdh sgt nk tgglkn..:(

    ReplyDelete